Saturday 12 January 2013

Refleksi Minggu Ke 14#

ASSALAMUALAIKUM W.B.T^^

Minggu ini ialah minggu terakhir kami dalam kelas komputer dalam pendidikan,, Minggu ini juga ialah minggu yang menyedihkan semua rakan-rakan di kelas kami..Ini kerana disebabkan kelas terakhir kami di kelas Pn Hafizah.. Pada minggu terakhir ini kami hanya diberi tugasan hanya untuk membentangkan tajuk-tajuk yang diberi..Semua pembentangan haruslah berkait dengan semua yang telah dipelajari..Sebagai contoh slide harus lah mempunyai audio,video dan animasi bergerak..Sebelum Pn Hafizah masuk ke kelas, kami semua telah bercadang membuat kejutan dengan membeli kek untuk Pn Hafizah..Saya pun dan Abdullah zaba mengambil sedikit masa pergi membeli kek di Pusanika..Dalam beberapa minit kemudian Pn Hafizah pun hadir ke kelas dengan raut wajah dan senyuman yang manis dipandang.

Berbalik kepada tugasan td,d idalam pembentangan kami, Rakan saya iaitu Abdullah Zaba telah memasukkan video-video dan audio-audio yang sedih,, ini kerana minggu terakhir kami..Alhamdulilah semua pembentangan kami berjalan dengan lancar..Pembentangan kami di akhiri dengan Audio-audio yang sedih sekali..:')

Ini dia kek yang kami beli untuk Pn Hafizah..^^




Selain itu tak lupa juga,,Kami sempat mengambil gambar semua rakan-rakan sekelas kami di S1K4 ^^



Ini dia Gadis-gadis ayu di kelas kami ^^


Jejaka-jejaka idaman wanita Malaysia,,hee^^



Sekian itu sahaja dari saya pada minggu terakhir ini ..
Setiap perkara yang kita mulakan,pasti akan kita akhiri..
Setiap Pertemuaan kadang-kadang pasti ada perpisahan..
Saya berharap perpisahan ini akan memberi beribu kenangan kepada kami semua..

SEKIAN ASSALAMUALAIKUM W.B.T ^^

CHEERS^^


Refleksi Minggu Ke 13

ASSALAMUALAIKUM W.B.T PEMBUKA BICARA...

Pada minggu ini saya ingin meminta maaf terlebih dahulu kepada Pn Hafizah kerana saya tidak dapat hdir ke kelas..Ini kerana saya sibuk dengan Tournament-tournament KRIKET..Walaupun saya tidak dapat hadirkan diri sedikit sebanyak saya telajh menanyakan kepada rakan-rakan lain tentang apa yang dipelajari di kelas..Rakan-rakan lain telah memberi tahu saya bahawa minggu ini di kelas Pn Hafizah mempelajari tentang MICROSOFT EXCEL & OPENOFFICE untuk membuat MARKAH PELAJAR & BELANJAWAN BULANAN..Cara penggunaannya agaklah payah sedikit, tetapi saya telah mempelajari sedikit sebanyak dengan rakan-rakan lain..Cara nak menghasilkannya juga perlu menggunakan formula yang betul..

Tugasan-tugasan saya ini telah dibantu oleh rakan-rakan kumpulan S1K4 dan S1K3.. Saya ingin mengucap terima kasih banyak-banyak kepada mereka kerana sudi membantu saya tentang cara-cara membuatnya..

Ini dia salah satu Markah pelajar yang telah saya hasilkan..








Ini dia pulak hasil dari OpenOffice..
Anda perlu memilih Spreadsheet selepas anda membuka OpenOffice..

Ini hasil belanjawan saya..

Sekian ini sahaja daripada saya pada minggu ini,, saya meminta maaf kalau ada yang ta betul,,sebab saya masih lemah dalam komputer ini..
Sekian Itu Sahaja DAri Saya..
ASSALAMUALAIKUM ^^

Monday 24 December 2012

Refleksi Minggu Ke 9#

Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara..

Pada minggu ini dalam kelas komputer dalam pendidikan, Pn Hafizah menerangkan tentang SPSS..SPSS ini ialah satu perisian sumber terbuka yang memudahkan pengguna menganalisis  data..Pada minggu-minggu yang lepas saya dan rakan setugas saya telah menjalankan satu survey tentang web 2.0..Dengan itu kami menggunakan SPSS untuk menganalisis data kami ke dalam bentuk graf dan lain-lain lagi..SPSS ini banyak kegunaannya, bukan sahaja menganalisis data tetapi memudahkan kerja seperti contoh markah peperiksaan pelajar,menguruskan perbelajaan dan membuat jangkaun..

Ini adalah sumber wikipedia Statistik SPSS adalah pakej perisian yang digunakan bagi analisis perangkaan..

Disini saya akan menerangkan serba sedikit tentang cara penggunaan SPSS yang telah saya pelajari..

1. KLIK pada SHORTCUT SPSS

2.Akan keluar seperti ini




Variable view:  untuk memasukkan data hasil kajian
Name: soalan (secara ringkas)
Type: jenis soalan
Width: panjang jawapan responden
-masukkan data di 3 collum tersebut


Data view: untuk melihat data yang telah dihasilkan di variable view.
masukkan jawapan yang telah diberikan oleh responden di ruangan yang disediakan.

3. Hasil kajian


klik analyze ----> descriptive statistics ----> frequencies




4. Anda boleh memilih sebarang bentuk kajian,sebagai contoh, anda boleh memilih carta pai,carta bai,histogram dan sebagainya.
5. contoh data saya yang telah dianalisis, sebagai permulaan, saya memilih 5 orang responden dan kesemua data mereka telah dimasukkan di SPSS


Hasil kajian menggunakan frequensi


Hasil kajian menggunakan carta bar


Hasil kajian menggunakan carta pai


Itu sahaja dari saya yang ingin dikongsi untuk anda semua..

Berjumpa lagi kita nanti ^^

ASSALAMUALAIKUM W.B.T ^^

Thursday 20 December 2012

Refleksi minggu ke 12#

Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara...^^

Alhamdulilah masih panjang lagi umur kita untukbertemu lagi..


                                                                                   

Pada minggu ini terdapat beberapa ilmu yang telah saya dapati. Ia berkaitan dengan cara bagaimana hendak menjadi pembentang yang bagus. Perkara ini di terangkan oleh dr Siti kerana Pn Hafizah lewat hadir ke kelas.. Pelbagai video yang telah di tunjukkan oleh dr Siti sebelum Pn Hafizah hadirkan diri ke kelas..Selain itu Dr Siti telah mengajar cara menggunakan impress dan cara hendak membuat booklet menggunakan microsoft word..Selain itu saya juga di ajar cara untuk mendownload video dengan menggunakan link keepvid.com .


Berkenaan dengan impress,Impress ini lebih kurang dengan microsoft presentation. Cara-cara hendak membuat presentation dengan menggunakan openoffice impress ini mudah sahaja.Cara-caranya seperti berikut :

1. Pertama sekali anda perlu download openoffice jika tiada dalam komputer anda. http://www.openoffice.org/download/.




click dekat arrow itu,dan nantikan hasilnya.

2. click openoffice




3. click pada presentation


 anda boleh pilih apa yang anda mahu.terdapat pelbagai pilihan tugasan yang blh dilakukan.

4.
 di arrow yang berwarna hitam anda boleh memilih jika ingin membuat empty presentation tetapi lebih mudah jika anda memilih slide yang daripada templete kerana anda cuma perlu memasukan maklumat tanpa perlu memikirkan cora slide anda 

5.
pada bintang hitam itu anda boleh memilih backgroud slide anda

6.


disini anda boleh memilih sama ada untuk meletakkan effect atau tidak pada slide anda
 7.


di bahagian ini anda boleh memilih sama ada ingin mengisi atau tidak pada ruang yang kosong
8.

tekan pada butang create
9.


ini hasilnya dan anda boleh memasukkan apa yang anda ingin bentangkan.


selain daripada menggunakan openoffice anda juga boleh menggunakan microsoft presentation..Anda juga boleh menggunakan presentation secara online dengan menggunakan google doc


1. login account anda :


2. click new dan click pada presentation


3. pilih loyout dan mulakan mengisi maklumat.


Sekian itu sahaja daripada saya,Saya berharap maklumat ini dapatdikongsi bersama anda semua..

Sekian, Assalamualaikum w.b.t



Refleksi Minggu Ke 11#

Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara..




Pada minggu ini dalam kelas komputer dalam pendidikan kendalian Pn Hafizah..Kami medapat tugasan berkaitan multimedia in education..Kami semua diarahkan untuk membuat satu brochure dan booklet dengan menggunakan microsoft publisher dan microsoft word / openoffice writter...Pn Hafizah menerangkan dengan penuh teliti tentang bagaimana untuk membuat tugasan tersebut..Isi yang terdapat dalam brochure dan booklet ialah berkaitan dengan tugasan berkumpulan kami, iaitu web 2.0..untuk menghasilkan brochure ini perlu dihasilkan dengan kreativiti sendiri...

Ini antara brochure saya yang bakal siap dan sempurna cara nya..^^







Ini pula ialah BOOKLET saya ...


















Setakat ini itu sahaja dari saya,,kerana tugasan ini masih lagi dalam perlaksanaan,,Saya berharap tugasan ini
akan memberi manfaat kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan lain..


Sedikit Pantun Reka Sendiri Dari Saya..^^

Untuk bersukan pergi ke padang,
Tiba dipadang berlari-lari,
Kalau ada umur yang panjang,
Harap-harap bertemu lagi,,hee^^




Sekian terima kasih dari saya ^^

Sunday 25 November 2012

Refleksi minggu ke 10#

ASSALAMUALAIKUM W.B.T PEMBUKA BICARA...  

                                                                           
Mulakan hari anda dengan senyuman yang manis^^..

Pada minggu ini,sudah minggu ke sepuluh kami belajar dalam kelas komputer dalam pendidikan..Pada minggu ini juga kami dikejutkan kerana Pn.HAFIZAH tidak hadir ke kelas disebabkan beliau demam..kami semua amat terkejut dengan berita tersebut,,hee^^..Kelas pada kali ini  kami diambil alih oleh Dr.FATIMAH..Pada mulanya di dalam kelas agak sunyi,,tetapi dalam beberapa minit selepas itu kelas kembali ceria kerana Dr.SITI FATIMAH banyak membuat lawak,,hee^^..Bertumpuan kepada pembelajaran pula,,kami di ajar oleh Dr.SITI FATIMAH tentang MULTIMEDIA EDUCATION..Sedikit sebanyak kami dapat faham ape itu MULTIMEDIA EDUCATION..Dr.FATIMAH menerangkan kepada kami dengan sangat teliti agar kami boleh faham..





         

Saya berharap Pn.HAFIZAH CEPAT SEMBUH DARI DEMAM dan dapat hadir ke kelas untuk mengajar kami..Selain itu,,Pn.HAFIZAH dapat menerangkan lagi  kefahaman tentang  MULTIMEDIA IN EDUCATION yang selanjutnya..


Ada sedikit pantun untuk keceriaan semua,,hee^^
                                                                             
 CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BAHARU BELAJAR,
KALAU SALAH TOLONG AJARKAN ^^... 



HEHEHE,,SEKIAN ITU SAJA DARI SAYA ^^....

Friday 23 November 2012

Refleksi minggu ke 8#

 Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara ^^                                                                   

                                                                                 
Pada minggu ini kami tidak diberi apa-apa tugasan oleh PN.HAFIZAH..Minggu ini adalah minggu untuk kami membentangkan tugasan-tugasan yan telah diberi oleh Pn.HAFIZAH...Saya dan rakan setugas saya iaitu ABDULLAH ZABA telah berdebar-debar untuk membentangkan topik kami iaitu topik web 2.0 dan juga keputusan surveymonkey yang telah dijalankan...sebelum itu alhamdulilah kerana kami dapat menyiapkan tugasan tersebut dengan baiknya,,walaupun kami menghadapi beberapa masalah semasa berusaha untuk menyiapkan tugasan web 2.0 ini...semasa menunggu giliran untuk pembentangan itu,,saya dan abdullah zaba telah mengagihkan bahagian-bahagian..saya diarahkan untuk menjaga slide-slide..Manakala abdullah zaba membuat keputusan untuk berucap dan membentangkan topik tersebut...Semasa kami sedang membentang,,banyak perkara-perkara yabg kelakar berlaku..Ini kerana rakan saya abdullah zaba ialah seorang yang kelakar..

MINGGU PEMBENTANGAN !!!



bak kata perpatah *tak seronok lah belajar kalau terlalu serious kan* hee^^....(Reka sendiri)

Alhamdulilah semua proses pembentangan kami berjalan dengan lancar..segala yang kami bentangkan telah difahami dengan baik oleh kumpulan-kumpulan yang lain...kami amat beterima kasih kepada Pn.HAFIZAH dan juga rakan-rakan yang lain kerana sudi membantu kami dalam melaksanakan tugasan tersebut..
sebelum kelas kami tamat,,Pn.HAFIZAH sempat memberitahu sedikit sebanyak tentang tugasan membuat (SPSS)...Pn.HAFIZAH mengarahkan kami membaca tentang topik (SPSS) itu serba sedikit supaya kami memahami sedikit sebanyak...





AKAL YANG SIHAT BERGANTUNG KEPADA       BADAN YANG SIHAT  



SEKIAN ITU SAJA DARI SAYA PADA MINGGU INI ^^