Sunday 25 November 2012

Refleksi minggu ke 10#

ASSALAMUALAIKUM W.B.T PEMBUKA BICARA...  

                                                                           
Mulakan hari anda dengan senyuman yang manis^^..

Pada minggu ini,sudah minggu ke sepuluh kami belajar dalam kelas komputer dalam pendidikan..Pada minggu ini juga kami dikejutkan kerana Pn.HAFIZAH tidak hadir ke kelas disebabkan beliau demam..kami semua amat terkejut dengan berita tersebut,,hee^^..Kelas pada kali ini  kami diambil alih oleh Dr.FATIMAH..Pada mulanya di dalam kelas agak sunyi,,tetapi dalam beberapa minit selepas itu kelas kembali ceria kerana Dr.SITI FATIMAH banyak membuat lawak,,hee^^..Bertumpuan kepada pembelajaran pula,,kami di ajar oleh Dr.SITI FATIMAH tentang MULTIMEDIA EDUCATION..Sedikit sebanyak kami dapat faham ape itu MULTIMEDIA EDUCATION..Dr.FATIMAH menerangkan kepada kami dengan sangat teliti agar kami boleh faham..





         

Saya berharap Pn.HAFIZAH CEPAT SEMBUH DARI DEMAM dan dapat hadir ke kelas untuk mengajar kami..Selain itu,,Pn.HAFIZAH dapat menerangkan lagi  kefahaman tentang  MULTIMEDIA IN EDUCATION yang selanjutnya..


Ada sedikit pantun untuk keceriaan semua,,hee^^
                                                                             
 CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BAHARU BELAJAR,
KALAU SALAH TOLONG AJARKAN ^^... 



HEHEHE,,SEKIAN ITU SAJA DARI SAYA ^^....

Friday 23 November 2012

Refleksi minggu ke 8#

 Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara ^^                                                                   

                                                                                 
Pada minggu ini kami tidak diberi apa-apa tugasan oleh PN.HAFIZAH..Minggu ini adalah minggu untuk kami membentangkan tugasan-tugasan yan telah diberi oleh Pn.HAFIZAH...Saya dan rakan setugas saya iaitu ABDULLAH ZABA telah berdebar-debar untuk membentangkan topik kami iaitu topik web 2.0 dan juga keputusan surveymonkey yang telah dijalankan...sebelum itu alhamdulilah kerana kami dapat menyiapkan tugasan tersebut dengan baiknya,,walaupun kami menghadapi beberapa masalah semasa berusaha untuk menyiapkan tugasan web 2.0 ini...semasa menunggu giliran untuk pembentangan itu,,saya dan abdullah zaba telah mengagihkan bahagian-bahagian..saya diarahkan untuk menjaga slide-slide..Manakala abdullah zaba membuat keputusan untuk berucap dan membentangkan topik tersebut...Semasa kami sedang membentang,,banyak perkara-perkara yabg kelakar berlaku..Ini kerana rakan saya abdullah zaba ialah seorang yang kelakar..

MINGGU PEMBENTANGAN !!!



bak kata perpatah *tak seronok lah belajar kalau terlalu serious kan* hee^^....(Reka sendiri)

Alhamdulilah semua proses pembentangan kami berjalan dengan lancar..segala yang kami bentangkan telah difahami dengan baik oleh kumpulan-kumpulan yang lain...kami amat beterima kasih kepada Pn.HAFIZAH dan juga rakan-rakan yang lain kerana sudi membantu kami dalam melaksanakan tugasan tersebut..
sebelum kelas kami tamat,,Pn.HAFIZAH sempat memberitahu sedikit sebanyak tentang tugasan membuat (SPSS)...Pn.HAFIZAH mengarahkan kami membaca tentang topik (SPSS) itu serba sedikit supaya kami memahami sedikit sebanyak...





AKAL YANG SIHAT BERGANTUNG KEPADA       BADAN YANG SIHAT  



SEKIAN ITU SAJA DARI SAYA PADA MINGGU INI ^^


Refleksi minggu ke 7#

Assalamualaikum w.b.t ^^


Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana saya tidak hadir ke kelas komputer dalam pendidikan pada tarikh 24/10/2012...saya tidak dapat hadir ke kelas tersebut kerana mengalami masalah pengangkutan...saya terpaksa pulang pada hari tersebut kerana hanya hari itu ibu saya boleh mengambil saya untuk pulang ke kampung kerana ada kenduri di rumah saudara saya...Akan tetapi saya tidak melupakan kelas itu begitu saja..saya telah menanyakan tentang pembelajaran kelas tersebut daripada kawan sekelas saya, AHMAD ZAIM...Beliau telah berkongsi kepada saya tentang apa yang telah dipelajari dalam kelas tersebut...Oleh itu sedikit sebanyak saya dapat mengetahui tentang apa yang dipelajari..AHMAD ZAIM telah memberitahu kepada saya untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diarahkan oleh PN.HAFIZAH...dgn informasi yang diberikan oleh AHMAD ZAIM,saya dan rakan setugas saya ABDULLAH ZABA berbincang untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang akan dibentangkan pada minggu ke 8...Itu saja dari saya pada minggu ini..Sekali lagi saya memohon maaf kepada PN.HAFIZAH atas ketidakhadiran saya ...


SEKIAN ^^