Friday, 23 November 2012

Refleksi minggu ke 7#

Assalamualaikum w.b.t ^^


Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana saya tidak hadir ke kelas komputer dalam pendidikan pada tarikh 24/10/2012...saya tidak dapat hadir ke kelas tersebut kerana mengalami masalah pengangkutan...saya terpaksa pulang pada hari tersebut kerana hanya hari itu ibu saya boleh mengambil saya untuk pulang ke kampung kerana ada kenduri di rumah saudara saya...Akan tetapi saya tidak melupakan kelas itu begitu saja..saya telah menanyakan tentang pembelajaran kelas tersebut daripada kawan sekelas saya, AHMAD ZAIM...Beliau telah berkongsi kepada saya tentang apa yang telah dipelajari dalam kelas tersebut...Oleh itu sedikit sebanyak saya dapat mengetahui tentang apa yang dipelajari..AHMAD ZAIM telah memberitahu kepada saya untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diarahkan oleh PN.HAFIZAH...dgn informasi yang diberikan oleh AHMAD ZAIM,saya dan rakan setugas saya ABDULLAH ZABA berbincang untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang akan dibentangkan pada minggu ke 8...Itu saja dari saya pada minggu ini..Sekali lagi saya memohon maaf kepada PN.HAFIZAH atas ketidakhadiran saya ...


SEKIAN ^^    

No comments:

Post a Comment